Tunjuk
perasaan yang menyaksikan ramai pemprotes memenuhi jalan raya Hong Kong
dicetuskan oleh bantahan terhadap pemindahan undang-undang, iaitu membenarkan
ekstradisi ke Tanah Besar China. Pada mulanya, penunjuk perasaan menyuarakan
niat mereka untuk mengadakan bantahan secara aman, namun sekarang ini bertukar
keras dengan merosakkan kemudahan awam, mengepung balai polis, bergaduh dengan
penumpang yang mahu menaiki penerbangan di lapangan terbang dan lain-lain. Kini
kerja pemindaan undang-undang tersebut telah ditangguhkan, bagaimanpun kekerasan
makin meningkat hingga menjejaskan kedamaian dan kemakmuran Hong
Kong.
view more