Pada
masa ini, di setiap stesen TV ataupun secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi telefon pintar
mesti ada siaran pelbagai jenis drama bersiri. Berjam-jam siarannya, diulang
setiap hari, bermacam-macam cerita dan bentuk lakonan, cantik aktres serta kacak
aktornya. Kesemua ini membuatkan penonton khayal untuk terus menonton episod
demi episod sehingga beratus episod dan terus ketagih menonton. Perkara ini
normal. Tidak ada salah pun. Semuanya untuk keseronokan dan hiburan semata-mata.
Namun, ada pengajian terkini yang menunjukkan bahawa ketagihan menonton drama
bersiri merupakan sejenis penyakit mental.
view more