Bayangkan makanan sedap datang terus ke rumah. Kita tidak
perlu menunggu berjam-jam dengan pergi ke restoran/kedai makan. Tidak hairan
perkhidmatan penghantaran makanan boleh menawan hati pelanggan sebaik
dilaksanakan oleh beberapa syarikat penghantaran makanan.
Jumlah pengguna internet di China melambung kepada 830
juta pada hujung 2018. Data ini diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) minggu
lepas. Dalam pada itu, skala pengguna e-dagang melebihi 610 juta, iaitu 73.6%
jumlah pengguna internet.
Seiring dengan perkembangan internet, industri e-niaga
termasuk perkhidmatan penghantaran makanan online juga kian rancak di China.
Meituan dan Eleme merupakan dua syarikat penghantaran makanan online paling
popular di tanah besar China.
view more