Mi
segera adalah antara makanan segera yang paling popular di seluruh dunia
walaupun sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi. Mungkin Momofuko Ando,
usahawan Jepun yang digelar Bapa Mi Segera, yang juga merupakan pengasas kepada
Syarikat Nissin Foods, tidak sangka kini lebih 100 bilion mi segera dihidangkan
para pengguna di seluruh dunia dalam setahun.
Walaupun
mi segera moden berasal dari Jepun, namun dari segi pengambilan, warga negara
Jepun bukan pemakan mi segera terbesar di dunia, sebaliknya pemakan ketiga
terbesar di belakang China dan Indonesia.
view more