Wanita
dianggap golongan paling minat membeli pakaian walaupun sudah mempunyai
berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus helai baju dalam almari. Adakah anda suka
membeli pakaian? Bagaimana anda menjimatkan perbelanjaan sekiranya dalam situasi
kekurangan duit? Jawapannya mungkin adalah berhenti membeli
pakaian.
Topik
tersebut dicetuskan dalam sebuah karangan bertajuk “Adakah orang China tidak
suka membeli pakaian lagi?” diterbitkan surat khabar Renminribao baru-baru ini.
Menurut karangan tersebut, Biro Statistik Negara (NBS) China mengumumkan jualan
pakaian dan kain telah menurun. Antaranya jualan pakaian pada 2018 mencatat 54
bilion yang telah berkurang 24.8% dengan 17.85 bilion berbanding tahun 2017.
Apakah sebabnya?
view more