Perbelanjaan
Pemacu Baharu Usaha Membasmi Kemiskinan
“Membasmi
kemiskinan melalui perbelanjaan”, satu konsep baharu yang menyasarkan membantu
meningkatkan pendapatan golongan miskin dengan membeli atau mempromosi produk
yang dihasilkan mereka.
Konsep
tersebut telah dipraktikkan oleh kanti Universiti Sains dan Teknologi Elektrik
China di provinsi Sichuan dengan membeli 27 tan ubi kentang dari sebuah kampung
terpencil. Lauk-pauk ubi kentang turut menjadi masakan yang popular dalam
kalangan mahasiswa di universiti berkenaan bukan sahaja kerana menjamu selera,
tetapi juga untuk membantu kaum tani yang berpendapatan rendah.
view more