Patung
gangsa kepala kuda yang dirampas oleh penjajah asing kira-kira 160 tahun yang
lalu telah dikembalikan ke Taman Diraja Yuanmingyuan baru-baru
ini.
Jutawan
dari Makau, Stanley Ho membeli patung gangsa tersebut dengan harga HKD70 juta
dan menyumbang kepada Muzium Negara China sebagai hadiah ulang tahun ke-20
kepulangan Makau ke pangkuan Tanah Air.
Patung
gangsa kepala kuda salah satu daripada 12 buah patung gangsa berbentuk kepala
haiwan yang dirampas dari Taman Diraja Yuanmingyuan ketika Perang Candu Kedua
pada tahun 1860. Kini, 7 buah patung gangsa berkenaan, iaitu patung kepala
lembu, kepala monyet, kepala harimau, kepala khinzir, kepala tikus, kepala arnab
dan kepala kuda telah kembali ke pangkuan tanah
air.
view more