BERITA SEMASA 24 MEI 2024
Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah pada Khamis, dituduh lagi di Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, didakwa atas satu kes meminta suapan RM350,000 berhubung tender pembekalan alat baiki, berjumlah RM381 juta, pada empat tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang memakai kot berwarna biru, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666422/berita/semasa/bekas-setpol-hamzah-zainuddin-didakwa-minta-rasuah-rm350000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #bekassetpolmintarasuah #mahkamah #ShahAlam
Create your
podcast in
minutes
It is Free